Saturday 26 February 2011

THE CHOSEN ONE







TAJUK:
USTAZ  RIDZUAN PEJUANG ISLAM DALAM MEMARTABATKAN ILMU PENGETAHUAN
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU551

DISEDIAKAN OLEH:
FAZIRAH BINTI KU ABDUL GHANI
NO MATRIK : 2010676022
KUMPULAN 
: BMB2Ab
PROGRAM:
SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (KEWANGAN)
BM222
TARIKH HANTAR:
26 FEBRUARI 2011
TARIKH BENTANG:
17 FEBRUARI 2011




TAJUK:
USTAZ RIDZUAN PEJUANG ISLAM  DALAM MEMARTABATKAN ILMU PENGETAHUAN



1
ABSTRAK
2
LATAR BELAKANG
3
FAKTOR  DAN  PENGALAMAN SEBAGAI PENDIDIK
4
MASALAH DAN PENYELESAIAN
5
SUMBANGAN
6
PENCAPAIAN DAN HARAPAN
7
IDOLA
8
MEMORI BERSAMA TOKOH
9
PENUTUP
10
BIBLIOGRAFI





















ABSTRAK


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,  kerja kursus ini dapat disiapkan dengan sempurna. Sesungguhnya,  kejayaan ini mencerminkan iltizam dan usaha yang tinggi daripada saya. Selain itu, ingin saya rakamkan jutaan terima kasih  kepada responden iaitu En. Ridzuan Abdullah dan keluarga kerana sudi meluangkan masa untuk di wawancara.

            Tokoh Islam merupakan tajuk pilihan saya kerana secara tidak langsung berpeluang untuk menemubual secara esklusif dengan En. Ridzuan dari  segi  latar belakang, sumbangan  dan lain-lain. Hal  demikian disebabkan beliau merupakan   ‘public figure’ di tempat kelahiran saya sama ada dalam pelajaran mahupun cara hidup. Beliau mempunyai cara tersendiri dalam mendidik dan membimbing masyarakat setempat menuju ke arah mentauhidkan Allah. Namun, agenda utama beliau adalah menyeru  umat Islam agar menuntut ilmu dan beramal dengan ilmu dimiliki kerana hanya dengan ilmu kita mampu membawa umat Islam ke tahap yang  lebih baik.

            Tambahan lagi, pada masa kini pelbagai  ledakan budaya melanda dalam kalangan masyarakat Islam sama ada dari sudut positif  mahupun negatif. Walau bagaimanapun, kejutan budaya banyak mempengaruhi dan meninggalkan kesan buruk terhadap golongan remaja kerana tahap pemahaman Islam dan iman  yang rendah secara tidak langsung mengakibatkan mereka mudah terjebak dalam kegiatan tidak bermoral. Sebagai contoh, kelahiran anak luar nikah semakin tidak terkawal, perhubungan songsang sesama jantina dan lain-lain.

Oleh demikian, setelah meneliti dan membuat pertimbangan, En. Ridzuan Abdullah atau lebih mesra di gelar Ustaz Wan membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik. Beliau berpendapat kerjaya ini merupakan salah satu cara untuk beliau mendekati para remaja untuk membaiki  iman mereka  agar tidak hanyut mengejar syurga duniawi. Maka, dengan berbuat demikian beliau dapat beramal dengan ilmu yang dimiliki dan sekaligus menjalankan tanggungjawab sebagai ‘khalifah Allah’ di muka bumi.
 
            Akhir kata, saya menyeru agar semua pelajar mengambil setiap kecemerlangan yang dicapai oleh  Ustaz  Ridzuan sebagai teladan yang harus dicontohi malah sasaran yang harus ditandingi. Dengan mengambil pendekatan ini, kecemerlangan akan terus menjadi milik kita bersama.




                                                                                                                                           
Latar belakang

*      NAMA :  RIDZUAN BIN ABDULLAH

*      IC NO. : 690430-02-5613

*      UMUR : 42 TAHUN

*      STATUS : BERKAHWIN

*      ALAMAT : KM. 12, KG. ALOR IBUS, MK. TEBENGAU

*      POSKOD : 06600

*      BANDAR : ALOR STAR, KEDAH

*      KERJAYA : GURU ( PENDIDIKAN ISLAM )

*      NAMA ISTERI : SALMIAH BINTI  ABDULLAH

*      BILANGAN ANAK : 5 ORANG

*      EMAIL: PAKSURIDZUAN.GMAIL.COM/ RIBUAN2A@YAHOO.COM



Ridzuan bin Abdullah atau lebih mesra di gelar Ustaz Wan merupakan tokoh  Islam pilihan saya yang berumur dalam lingkungan 42 tahun. Beliau  memulakan pendidikan formal di Sek. Keb. Jeneri, Sik Kedah. Hal ini kerana Sik, Kedah merupakan tempat kelahiran beliau. Setelah menghabiskan pengajian pada peringkat sekolah rendah dan berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ), Ustaz Wan menyambung pelajaran ke SMA. Jeneri daripada Tingkatan satu hingga lima. Sepanjang dalam tempoh pengajian, pelbagai kejayaan telah dirangkul oleh beliau sama ada dalam akademik mahupun Kokurikulum. Beliau bergiat aktif dalam sukan kerana memegang prinsip bahawa  ‘Otak yang cerdas datangnya dari Tubuh yang sihat’ .

            Beliau mempunyai minat mendalam sejak di bangku sekolah untuk menyebarkan ajaran Islam khususnya dalam kalangan generasi muda, muallaf, bukan Islam dan murtad. Ustaz Wan lebih  mensasarkan golongan yang lemah pemahaman dalam Islam. Hal demikian kerana beliau sukakan cabaran dan rintangan dalam menyeru manusia untuk mendalami Islam. Maka, semua dugaan dan ujian ini menjadikan beliau seorang yang kuat dan tabah.  Tambahan lagi, Ustaz Wan banyak memberi tumpuan terhadap golongan remaja kerana mereka merupakan bakal pemimpin yang akan mencorakkan bangsa, agama dan negara.

 Setelah menghabiskan pengajian pada peringkat sekolah menengah, beliau mengambil keputusan untuk memasuki SMA. Masriah, Bukit Mertajam  kerana sekolah tersebut  menyediakan pembelajaran untuk persediaan awal bagi sesiapa yang berminat mengikuti pengajian Islam ke tahap yang lebih tinggi. Beliau telah menyimpan angan-angan sejak dari kecil untuk menjejakkan kaki ke Madinah atau Mesir setelah melihat kejayaan adik-beradik beliau. Maka, hal ini membuatkan beliau bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menjadikan angan-angan beliau sebagai realiti bukan sebaliknya . Beliau sentiasa berpegang teguh pada pepatah bahawa ‘Kita sebagai umat Islam seharusnya berikhtiar untuk mencapai matlamat yang diingini, Kemudian bertawakal diiringi doa kepada Allah agar apa yang dihajati dimakbulkan Allah.

Justeru, selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama ( STA ), beliau mendapat tawaran dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam pengajian Usulluddin. Pengajian beliau ditanggung sepenuhnya oleh ibu dan ayah yang memerlukan peruntukan sebanyak     RM 12000.00 untuk digunakan. Hal ini kerana prinsip keluarga yang di pegang sejak turun-temurun bahawa soal pembiayaan pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh ketua keluarga kerana ini merupakan tanggungjawabnya   kepada anak-anak manakala anak-anak harus memainkan peranan iaitu belajar bersungguh-sungguh sehingga melangkah ke menara gading. Prinsip ini telah digunakan sejak sedekad lamanya sehingga melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing  dan berbakti kepada  bangsa, agama dan negara.  Hasil sokongan keluarga dan  sahabat handai, beliau berjaya  menamatkan pelajaran yang memakan masa empat tahun untuk di habiskan.

 Walau bagaimanapun, akibat daripada cintakan tanah air bak kata pepatah ‘ Hujan emas di negara orang, Hujan batu di negara sendiri ‘,  beliau mengambil keputusan untuk   menghabiskan semester pengajian akhir di negara sendiri iaitu Kolej Insaniah, Alor Star Kedah pada tahun 2001. Kemudian, Ustaz Wan di sunting menjadi pendidik dari Sek. Ren. Darul Aman ( SRIDA ).  Namun pada pertengahan tahun 2003, beliau nekad menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) selama 3 tahun dalam Diploma Pendidikn ( IFDA ) iaitu kursus dalam cutian.  Selepas menamatkan pengajian di UKM, beliau di bawa masuk ke sekolah kerajaan iaitu SMK. Dato Wan Mat Saman kerana pada masa itu, kerajaan telah melancarkan sistem           ( SAR ) iaitu semua guru-guru dari sekolah agama di tukarkan ke sekolah kerajaan.

            Beliau berpendapat menuntut ilmu menurut perspektif Islam bermula apabila kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Qur’an melalui berbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Qur’an antaranya,

*      Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9)

*      Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

*      Firman-Nya lagi maksudnya:
“Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.  (Al-Faatir:28)

            Manakala, konsep ilmu dalam Islam merujuk kepada hakikat bahawa Allah S.W.T sebagai pemilik mutlak ilmu. Manusia hanya diberikan sedikit sahaja ilmu. Namun begitu ilmu yang sedikit sangat bermakna di sisi Allah jika ianya digunakan sebaik mungkin iaitu sehingga membawa kepada keimanan yang kukuh terhadap Allah serta mengikut perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu mesti dipelajari dan dikembangkan berdasarkan asas-asas tauhid dan disertakan integrasi iman, kemanfaatan ilmu, amalan yang soleh dan akhlak yang mulia (Mohd. Kamal Hassan, 1998:19). Dasar ini jelas melalui wahyu pertama iaitu surah Al-‘Alaq yang menyatukan antara tauhid (melalui sifat al-Khaliq mutlak) dengan ilmu (Muhammad Dawilah,1993:9). Semua pancaindera zahir dan batin yang dijadikan oleh Allah adalah bermatlamatkan pencarian ilmu yang benar. Lantaran itu manusia yang tidak menggunakan pancaindera tersebut untuk mendapatkan ilmu yang benar akan dikutuk. Hal ini jelas melalui firman Allah S.W.T,

             "Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan Jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati (tetapi) tidak mengerti dengannya, dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengannya, dan bgai mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Al-‘Alaq:179)

            Hukum dalam menuntut ilmu dapat di"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina". (Al-Hadis) Kadang-kadang kita lupa untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu, dan kita juga lupa apa hukumnya menuntut ilmu dalam agama Islam. Dalam hal tersebut, saya ingin mengingatkan kembali untuk apa sebenarnya, dan apa hukumnya kita menuntut ilmu dalam agama Islam. Hal tersebut ada dinyatakan di dalam buku "Ilmu Fiqih Islam" karangan Drs. H. Moh. Rifai.


            Apabila kita memperhatikan isi Al-Qur’an dan Al-Hadis, terdapat beberapa suruhan yang mewajibkan bagi setiap muslim baik laki-laki mahupun perempuan, untuk menuntut ilmu, agar tergolong menjadi umat yang cerdas, jauh dari kabut kejahilan dan kebodohan. Menuntut ilmu artinya berusaha dengan jalan menanya, melihat atau mendengar. Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud;
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)Dari hadis ini kita memperoleh pengertian bahawa Islam mewajibkan pemeluknya agar menjadi orang yang berilmu, berpengetahuan, mengetahui segala kemaslahatan dan jalan kemanfaatan; menyelami hakikat alam, dapat meninjau dan menganalisis segala pengalaman yang didapati oleh umat yang lalu, baik yang berhubungan dengan ‘aqidah dan ibadat, serta hubungannya dengan soal-soal keduniaan dan segala keperluan hidup.
           
            Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim) Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.
                                                                                                                                          



Faktor dan pengalaman sebagai pendidik


Faktor:

*      Diperintah oleh agama kerana  mengajar adalah suatu pekerjaan yang seutama-utamanya.  Nabi diutus ke dunia inipun dengan tugas mengajar, sebagaimana sabdanya; " Aku diutus ini, untuk menjadi pengajar." (HR.Baihaqi)

*       Salasilah keluarga sebagai  golongan pendidik

*      Menjadikan kisah-kisah para sahabat yang memperjuangkan ilmu pengetahuan untuk memartabatkan taraf hidup umat Islam telah menjana semangat beliau untuk  bergelar sebagai pendidik


*      Mahu beramal dengan ilmu yang dimiliki dengan memegang prinsip ‘ Berilmu, Beramal dan Berjihad ‘

*      Salah satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam

Pengalaman:

*      15 tahun bergelar pendidik:

                   ·         4 tahun (Sek. Ren. Darul Aman)
 ·         11 tahun ( Sek. Men. Keb. Dato Wan Mat Saman)



Masalah dan penyelesaian


Masalah:

*      Pelajar tidak fokus mendalami subjek Pendidikan Islam

*      Gejala sosial dalam kalangan remaja semakin tidak terkawal

*      Masyarakat sentiasa mempertikaikan hukum Islam yang tidak mengikut peredaran masa

         
    

Penyelesaian:
*   Sentiasa ‘up-to-date’ ilmu yang ada

*   Merangka program-program yang dapat menarik minat golongan  remaja

*   Tenang, sabar dan yakin dalam melontarkan hujah bagi  mematahkan kenyataan lawan




sumbangan



Pengerusi Rakan Muda Masjid As-Sollehin

a.      Pengasas Rakan Muda Masjid

b.      Aktiviti:


*      sebar dakwah
*      merangka program-program  keilmuan
*      mengajar anak-anak  muda di masjid  dalam hal berkaitan Islam sama ada dari sudut Fiqah, Tauhid atau Syariah



                             
Pendakwah bebas

a.      Masjid

b.       Badan Rukun Tetangga






pencapaian dan harapan


Pencapaian:

*      Pangkat 2 ( SPM )

*      Jaid/  Baik ( STA )

*      Guru cemerlang ( 2006 ) SMK. Dato  Wan Mat Saman

*      Pengerusi Rakan Muda Masjid As-Sollehin



Harapan:

*      Menyambung pelajaran pada peringkat MASTER dan seterusnya menjadi lecturer

*      Menerbikan buku yang menyumbang ke arah membentuk ketrampilan diri yang sempurna sebagai umat Islam sejati

*      Membina blog bagi berkongsi pendapat dengan masyarakat berkenaan isu-isu semasa yang berkaitan dengan hukum-hakam  Islam









idola



Dato Paduka Sheikh Badaruddin bin Haji Ahmad:


*      Mufti Negeri Kedah

*      Personaliti:


                        -  Kemantapan ilmu
                        -  Ketegasan dalam  mempertahankan  hukum-hakam  Islam
                        -  Menggunakan  pendekatan yang berbeza dalam usaha menarik
                           masyarakat mendalami Islam








Memori bersama tokoh












PENUTUP


            Pembudayaan ilmu yang sesuai akan melahirkan para pelajar yang mempunyai ketahanan diri untuk menghadapi segala cabaran dan seterusnya dapat membentuk masyarakat yang berilmu, berfikiran kritis dan kreatif, berbudaya saing, penyayang dan berpekerti mulia. Ini bertepatan dengan Wawasan Pendidikan yang bukan sahaja berhasrat untuk melahirkan masyarakat cemerlang akademik dan kokurikulum malah cemerlang sahsiah dan akhlak.

            Oleh demikian, Ustaz Wan secara tidak langsung telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah untuk menjadi pendidik dengan moto hidup iaitu ‘Berilmu, Beramal dan Berjihad’. Menerusi bait-bait ayatnya ‘Ilmu tanpa disiplin ibarat sungai yang tidak bertebing, ke muara yang tidak kesampaian’. Maka, dalam mencipta kecemerlangan, kita harus berpaut pada keyakinan bahawa negara memerlukan warga yang bukan sekadar berilmu tetapi berakhlak mulia, prihatin dan berdisiplin.

            Semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam mengangkat martabat pendidikan yang bercorak Islam ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Marilah kita menuntut ilmu pengetahuan sesempat mungkin dengan tidak ada hentinya tanpa menguzurkan diri sampai ke liang kubur, dengan ikhlas dan tekad mengamalkan dan menyumbangkannya kepada masyarakat, agar kita semua dapat mengenyam hasil dan buahnya di akhirat nanti.


BIbliografi




*      Ridzuan bin Abdullah ( Responden )

*      Salmiah binti Abdullah ( Isteri responden )